Khamis, 31 Mac 2016

Pendahuluan


        Era globalisasi dunia mencetuskan banyak perubahan dalam menghayati kehidupan selepas arus paskal permodenan. Perubahan terhadap gaya hidup berorientasikan teknologi dan kemajuan maklumat memberikan kesan dan menjadi cabaran terhadap nilai, budaya, pemikiran dan corak hidup yang bersendikan adat, tatasusila ketimuran dan penghayatan agama.Perubahan dunia masa kini amat pantas hasil ledakan teknologi maklumat. Setiap hari pelbagai hasil ciptaan baru dari inovasi teknologi. Teknologi dan maklumat telah berjaya menghapuskan batasan sempadan sesebuah negara. Malahan ia berjaya merubah bentuk pemikiran, ideologi, budaya dan berbagai elemen luar memasuki ruang negara lain tanpa sekatan dan kawalan. John Naisbitt (1990) meramalkan bahawa salah satu daripada sepuluh kecenderungan manusia di awal abad kedua puluh satu ialah maklumat.
      Maklumat sangat berharga dalam dunia globalisasi hingga ia menadi penentu dan penggerak kepada masa depan. Kertas kerja ini mengupas isu di mana ledakan teknologi membawa cabaran dan impak yang kuat terhadap pegangan dan penghayatan nilai-nilai murni agama serta akhlak masyarakat dan pengaruh negatif yang merubah minda serta gaya hidup insan. Ia menghakis dan mengubah paradigma tauhid, syariah dan akhlak mulia sehingga mengikis nilai-nilai keinsanan. Jesteru itu, suatu pendekatan dan tindakan yang menggunakan metodologi Islam perlu dilaksanakan bagi tujuan mengwal, mendidik dan menjamin agar pengaruh buruk ICT tidak menjadi barah kepada penyakit sosial yang sedia ada. Pendekatan Islam dikemukakan bagi tujuan mendidik dan mengawal individu daripada hanyut dan lemas dalam dunia tanpa sempadan
     Banyak laman web sosial yang wujud menjadi pengantara seluruh dunia. Antara laman web yang popular dan menjadi pilihan serta kegilaan pelbagai peringkat umur terutama para remaja ialah Facebook, Twitter, Instagram, . Kebanyakan perkhidmatan rangkaian sosial adalah berasaskan web dan menawarkan pelbagai cara interaksi antara pengguna, seperti perbualan dalam talian, bertukar pesanan, e-mel, video, perbualan suara, perkongsian fail, blog, kumpulan perbincangan, dan sebagainya
    Tetapi tidak dinafikan terdapat penyalahgunaannya oleh kalangan remaja . Segelintir pihak menggunakannya sebagai medium meluahkan rasa tidak puas hati dan fitnah. Ini bukan cara terbaik kerana penyalahgunaan laman web sosial tidak dapat menyelesaikan masalah dihadapi . Malah terdapat segelintir kalangan remaja juga ketagih ke atas laman sosial .





PRINSIP SYARIAH



Rabbaniah(Ketuhanan)

·         Seluruh ciptaan alam adalah milik ALLAH SWT.Maka kita sebagai khalifah tertakluk kepada peraturan alam milikNya.Setiap kajian dan ciptaan hendaklah menjurus kepada pengabdian diri kepada ALLAH SWT dan menginsafi keagunganNya.
·         Jika individu tersebut berpegang teguh pada syariat islam,ia akan menghasilkan sesuatu produk yang menepati syarak dan sekaligus mendapat keredhaan dripada ALLAH SWT.
·         Teknologi dan Laman Sosial dilihat sebagai alat yang perlu dikendalikan oleh manusia untuk menambahkan keimanan kepada ALLAH.


Wasatiah(Kesederhanaan)

·         Kesederhanaan dalam syariat adalah memberi makna segala hukum hakamnya adalah sifat sederhana.Tidak ekstrem kepada yang berlebihan atau kekurangan.

·         Boleh berlaku perubahan dan penyesuaian tertentu pada pelaksanaan hukum mengikut keperluan yang tertentu.

·         Kita haruslah sentiasa bersifat sederhana ketika mengendalikan laman sosial sebagai contoh, kita tidak menunjuk-nunjuk tentang kehebatan diri kita dilaman sosial.

Tawazun(Keseimbangan)

·         Keseimbangan dalam syariat bermaksud segala kandungannya adalah mengimbangani antara keperluan manusia di dunia dan di akhirat

·         Kita perlu bijak membahagikan masa kita untuk melakukan ibadat juga bukan hanya tertumpu pada laman sosial seperti whatapps, instagram, twitter, facebook dan sebagainya.

Mizan(Kesetaraan)

·         Kesetaraan dalam syariat terlihat dalam hukum hakam yang memberikan nilai yang selayaknya bagi sesuatu perkara.

·         Kesetaraan dalam syariat menuntut agar segala tindakan yang dilaksanakan hendaklah meraikan keperluan dunia dan akhirat.

·         Kesetaraan dalam syariat menuntut agar setiap perkara dilaksanakan perlu ditimbangkan agar hukum hakam tidak menjadi korban atas nama penyelidikan dan pembangunan.

·          Setiap perkara yang dilakukan seperti melayari internet dengan menggunakan laman sosial hendaklah mengambil kira item-item yang digunakan benar menurut sukatan atau had yang ditentukan oleh syriat.

Tetap dan Anjal(Mutlak dan Murunah)

·         Tetap dan anjal menurut syariat terlihat dalam aspek hukum hakamnya tetap untuk semua zaman dan umat.

·         Kemutlakan dalam hukum diperlukan bagi memelihara kesucian prinsip syariat dan keanjalan wajar dilakukan bagi meraikan sifat kehidupan manusia yang sentiasa berubah dan dinamik.

·         Maklumat-maklumat tentang Islam tidak boleh disebarkan tanpa mengetahui kesahihan maklumat tersebut




                            


IMPLIKASI PENGHASILAN DAN PENGGUNAAN LAMAN SOSIAL SECARA BERETIKA

1. Sebagai alat untuk berkomunikasi

     Jika kita menggunakan laman sosial secara beretika, kita dapat berkomunikasi dengan sesiapa saja didunia ini. Sebagai contoh, sahabat handai kita yang telah lama terpisah, Ibu bapa kita yang berada di kampung halaman, mengenali rakan-rakan baharu dan sebagainya.Dengan ini, talian hubungan dapat dikekalkan, mengeratkan hubungan silatulrahim dan mengikuti perkembangan dari masa ke semasa seperti berita mengenai dunia atau politik. Banyak aplikasi-aplikasi yang telah dicipta untuk berkomunikasi. Antara aplikasi yang popular ialah Facebook, Twitter, Whatapps, Wechat dan Instagram.

2. Boleh membantu mempromosi jualan

     Melalui laman sosial, sesuatu jualan terbaru boleh dikhabarkan kepada rakan-rakan di laman sosial bagi mereka yang mahu berniaga secara online atau mempromosikan sesuatu. Terdapat pelbagai barangan dan perkhidmatan yang baik boleh disebarkan. Misalnya, mempromosikan restoran rakan kita dengan menyatakan bahawa masakan direstorannya enak dan murah agar dapat diketahui dengan meluas, jenis kamera yang terbaik untuk nilai wang ringgit dapat dibincangkan dan mempromosikan bisnes online seperti Phytoscience atau Networking Business.

3. Boleh membantu menyebarkan maklumat dengan pantas.

    Sebagai contoh, pada ketika dahulu ketika ingin melakukan majlis perkahwinan, kita mesti akan membuat kad jemputan untuk menjemput tetamu untuk hadir ke majlis perkahwinan tersebut. Tapi kini dengan kecanggihan laman sosial, kita hanya perlu menjemput menerusi aplikasi seperti Whatapps, Wechat, Facebook, Twitter dan sebagainya. Selain menjimatkan masa, kita juga dapat menjimat kos untuk membuat kad jemput ke majlis perkahwinan. Berita-berita penting juga boleh disebarkan dengan pantas atau lebih dikenali dengan perkataan “diviralkan”. Sebagai contoh, isu-isu tentang penyakit baharu, isu-isu politikdan sebagainya.

4. Dapat melakukan perkongsian maklumat/ilmu.

    Jika kita bijak menggunakan laman sosial secara beretika, kita akan mendapat maklumat terkini dengan cepat. Ada rakan-rakan yang rajin berkongsi berita dan maklumat dilaman social seperti Blog dan Facebook untuk dikongsi atau dipaparkan kepada khalayak ramai, Laman sosial dapat menggantikan tv untuk mengetahui berita terkini. Malah perbicaraan mahkamah diketahui dengn serta merta melalui twitter dan laman web tertentu. Peristiwa terkini juga dapat diketahui secara serta merta. Ilmu dalam bidang perubatan, teknologi dan sebagainya juga dapat disebarkan.Laman web sosial seperti ini sebenarnya dapat memberikan banyak kebaikan kepada remaja sekiranya digunakan dengan betul..






IMPLIKASI PENGABAIAN ETIKA TERHADAP PENGHASILAN DAN PENGGUNAAN LAMAN SOSIAL

1. Remaja / individu akan mudah lalai dengan aplikasi yang dicipta

   Terlalu lama berdepan dengan teman-teman sosial hingga menyebabkan lupa dengan tanggungjawab. Kadang-kadang terganggu tugas samada hakiki mahupun penulisan blog. Ianya mampu mengganggu tumpuan terutamanya jika anda menyertai ‘games’, ‘group provokasi/gossip’ dan sebagainya. Ketagihan melayari laman web sosial ini menyebabkan produktiviti menurun dan pendapatan bulanan sepatutnya diperoleh daripada bekerja disia-siakan dengan aktiviti melalaikan. Pelajar akan mengabaikan pelajaran mereka.

2. Boleh menyebabkan ketagihan terhadap laman sosial

    Berlakunya kegilaan terhadap laman sosial hingga sukar untuk berengang darinya. Boleh juga menimbulkan kemarahan sekiranya diganggu ketika bersosial di laman tersebut. Tidak mustahil ada yang menjadi gila disebabkan obses terhadap laman sosial. Ada yang mengurung diri dalam bilik berhadapan dengan komputer buat beberapa hari berterusan kerana melayari web.

3. Pergaulan secara sosial realiti akan berkurang

     Ramai yang memencilkan diri dan lebih menumpukan komuniti online berbanding offline. Sedikit sebanyak mengugat komuniti tempatan. Hubungan sesama ahli keluarga dan jiran semakin renggang. Remaja sekarang kurang bergaul dengan masyarakat sekeliling disebabkan laman sosial serta internet yang mudah didapati walau di hujung jari

4. Menyebabkan berlakunya gangguan kesihatan mental dan fizikal

   Sudah pasti akan memberi kesan kepada kesihatan samada fizikal ataupun mental. Hal ini kerana terlalu khusyuk mengadap komputer mampu memberikan impak buruk terhadap tubuh badan. Sakit sendi, pening kepala, terjejasnya penglihatan, obesiti, malah kanser kerana terdedah kepada radiasi komputer merupakan fenomena biasa merosotnya kesihatan seseorang yang terlibat dalam laman web sosial. 

5. Gangguan oleh individu yang tidak dikenali.

   Kadangkala ada individu yang tanpa disedari menceroboh peribadi. Sebab itu perlu berhati-hati dalam membenarkan mereka memasuki senarai kawan anda. Penipuan wang, cinta dan sebagainya sering berlaku. Fitnah dan tohmahan terhadap seseorang disebarkan. Ini memalukan mangsanya.

6. Boleh meruntuhkan rumah tangga/menjurus ke arah keghairahan maksiat.

   Termasuk mempengaruhi remaja berzina. Remaja perempuan terjebak dalam gejala zina berpunca daripada Facebook. Mereka terpengaruh dan ghairah dengan kata-kata pujian serta pujaan lelaki menerusi Facebook sehingga membawa perbuatan zina. Gambar-gambar lucah disebarkan. Seks maya dijalankan kerana identiti sebenar tidak diketahui. Facebook juga menyebabkan berlaku kes perceraian kerana suami atau isteri curang selepas berkenalan dengan kekasih menerusi laman web sosial






                                          ISU-ISU BERKAITAN LAMAN SOSIAL



Masalah rumah tangga

     Seperti yang kita sedia maklum bahaya masalah rumah tangga seringkali berlaku di Negara kita ini sehingga berlaku pergaduhan dan penceraian. Hal ini kemungkinan berlaku kerana berlaku salah faham antara suami dan isteri tersebut.

     Punca masalah ini berlaku adalah disebabkan ketaksuban suami isteri dengan laman sosial seperti whatsapp, facebook, twitter dan sebagainya. Pergaduhan berlaku apabila salah seorang daripada mereka berkomunikasi dengan rakan atau kenalan baru secara terlalu mesra dan apabila pasangannya terbaca atau sengaja baca, perasaan marah dan cemburu pasti akan timbul dan kemungkinan besar akan berlaku pergaduhan yang menyebabkan penceraian.

    Jalan penyelesaian yang paling berkesan ialah suami isteri haruslah mengurangkan penggunaan laman sosial. Cara paling berkesan ialah mereka haruslah sentiasa memberitahu setiap apa yang mereka lakukan di laman sosial agar tidak ada kesalahfahaman berlaku. Selain itu, pasangan suami isteri perlulah mengikut prinsip syariah iaitu “Tawazun” yang bermaksud keseimbangan. Mereka mestilah menyeimbangkan hal-hal dan keperluan dunia dan akhirat.

Penyebaran Maklumat Palsu:

     Penyebaran Maklumat berita palsu sangat berleluasa pada masa ini, mereka seperti tidak mengendahkan tentang keburukan penyebaran berita tersebut. Sebagai contoh, maklumat yang telah terbukti kesahihannya akan dianggap maklumat palsu oleh pengguna laman sosial.

    Punca masalah ini berlaku adalah mungkin individu yang melakukan penyebaran maklumat tersebut mahu mengejar popularity tetapi menggunakan cara yang salah. Lebih tepat lagi, masalah ini berlaku kerana kurangnya ilmu individu tersebut kerana menyebarkan maklumat tanpa mengkaji atau mengetahui kesahihannya.

    Cara untuk menyelesaikan masalah ini adalah sesiapa sahaja haruslah mengkaji dan mengetahui kesahihan maklumat tersebut sebelum menyebarkannya melalui laman sosial



Laman sosial menjadi medan penyebaran fitnah:

      Masyarakat kini menggunakan laman sosial untuk menabur fitnah terhadap masyarakat lain. Sifat dengki sesama masyarakat berlaku apabila tiada persefahaman yang baik antara satu sama lain. Selain itu, wujudnya hadis-hadis palsu yang tersebar menyebabkan seolah-olah ia menfitnah baginda Rasullulah SAW.

      Punca berlakunya hal yang sedemikian adalah disebabkan perasan hasad dengki antara masyarakat. Selain itu, mengenai hadis pula kemungkinan hadis tersebut disebarkan oleh orang yang tidak menyukai agama Islam dan ingin menyesatkan umat islam dari ajaran atau akidah yang sebenar.
      
     Cara penyelesaian masalah ini adalah masyarakat haruslah berfikiran positif dan sentiasa bersangka baik (husnudzon) antara satu sama lain agar tidak berlaku sebarang perselisihan faham. Seterusnya, pihak yang berkuasa harus mengambil tindakan yang tegas terhadap individu yang menyebarkan hadis palsu kerana ia melibatkan agama sebilangan besar rakyat Malaysia agar tidak bercanggah dari ajaran yang sebenar.

Ketagihan pornografi dikalangan remaja:

     Remaja kini terdedah dengan pelbagai unsur-unsur negatif yang diperolehi dari laman sosial. Antara masalah yang paling kritikal pada masa ini adalah kes pembuangan bayi dan anak luar nikah dikalangan remaja. Hal ini berlaku kerana remaja terlalu terdedah dengan unsur pornografi yang ada di laman sosial.

     Punca masalah ini berlaku adalah disebabkan laman-laman sesawang yang berkaitan dengan pornografi tidak disekat oleh pihak berkuasa. Selain itu, remaja kini tidak didedahkan dengan cara hidup Islam yang sebenar menyebabkan remaja ini terlalu mudah terpengaruh dengan unsur-unsur sebegini.

     Cara mengatasi masalah ini adalah ibu bapa harus sentiasa memantau setiap aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak mereka serta memberi didikan agama yang sempurna. Selain itu, pihak berkuasa harus memainkan peranan untuk menyekat laman-laman sesawang yang berkaitan dengan unsur pornografi agar masalah ini dapat dibendung.





CARA-CARA MENGATASI MASALAH PENYALAHGUNAAN INTERNET.

      Hari ini, internet merupakan salah satu media yang paling utama dan paling penting. Internet boleh dikatakan menjadisumber rujukan utama dalam mengetahui tentang isu-isu semasa tempatan dan juga luar negara. Internet jugamerupakan media hiburan utama bagi remaja-remaja dan juga golongan dewasa. Namun begiitu, terdapat juga segelintir pihak yang telah menyalahgunakan kemudahan internet ini. Kemudahan internet telah disalahgunakan dengan dijadikan media atau sumber untuk melawat ke laman web pornografi.Sebagai langkah berjaga-jaga, disamping untuk mengelakkan masalah ini kian berleluasa di kalangan remaja dan kanak-kanak terutamanya, beberapa langkah mengatasi haruslah diambil. Pendekatan haruslah diambil melalui pencegahan dirumah dan di sekolah. Di rumah, ibu bapa haruslah memantau aktiviti internet anak-anak mereka. Memandangkan internet telah menjadi keperluan utama, melarang mereka daripada menggunakan internet amatlah tidak wajar.

      Namun,langkah-langkah pemantauan amatlah berkesan dalam mengatasi masalah ini.Selain itu, di sekolah juga pemantauan haruslah dilakukan oleh guru-guru yang bertugas, memandangkan proses pembelajaran dan pengajaran sekarang banyak menggunakan internet. Selain itu, nilai-nilai murni juga wajar diterapkan di dalam minda remaja-remaja bagi mengelakkan masalah ini daripada bertambah teruk.Selain itu juga, mengehadkan penggunaan internet juga merupakan salah satu langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini. Penggunaan internet boleh dilakukan dengan mengehadkan masa penggunaan ataupun mengehadkan jenis laman web yang boleh dilawati. Had penggunaan ini boleh dilakukan di rumah, di sekolah, dan di Pusat Siber Kafe. Had penggunaan internet wajar dilakukan kepada kanak-kanak bawah umur bagi mengelakkan kerosakan moral anak-anak remaja kita. Disamping itu juga, pengehadan penggunaan internet juga boleh membendung golongan bawah umur daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah.Penggunaan perisian internet yang dapat menyekat akses ke laman web yang tidak bermoral ini juga merupakan salahsatu langkah yang amat efisien dalam usaha untuk mengurangkan masalah ini. Penggunaan perisian ini sewajarnyatelah diketahui umum kerana ianya merupakan salah satu jalan yang paling naik dalam mengelakkan masalah penyalahgunaan internet. Perisian ini wajar digunakan di institusi-institusi pengajian tinggi dan pejabat-pejabat besar.Perisian ini mampu menghalang akses ke laman web yang tidak bermoral ini.Sebagai kesimpulan, masalah penyalahgunaan internet ini wajar dibendung kerana ia akan merosakkan moral muda-mudi dan remaja kita. Justeru, langkah-langkah pencegahan seperti yang saya sebutkan di atas amatlah wajar dilaksanakan.





CADANGAN BAGI MENGELAKKAN TAKSUB LAMAN SOSIAL DI KALANGAN REMAJA


1. Tetapkan objektif dan matlamat sebelum melayari laman sosial atau menggunakan komputer dengan mengenalpasti tujuan-tujuan penggunaan mereka

2. Tetapkan melayari laman-laman web yang tertentu dan yang perlu sahaja, atau sekadar memenuhi keperluan yang dikehendaki agar tidak melebihi had dan bagi mengelakkan melayari laman yang tidak perlu

3. Hadkan atau tetapkan jangkamasa yang diperlukan ketika menggunakan komputer dan ketika melayari laman sosial bagi mengelakkan pembaziran masa

4. Bahagikan masa yang sewajarnya antara kehidupan di dunia siber dan kehidupan di alam nyata supaya wujud keseimbangan


5. Jadikan ruang laman sosial sebagai sumber pengetahuan untuk meningkatkan peranan menjadi seorang manusia yang sempurna dan untuk menambah kemahiran yang diperlukan dalam kehidupan





RUMUSAN

      Laman sosial dan internet sememangnya mempunyai kesan yang amat besar dalam kehidupan manusia. Dalam aspek kesejahteraan individu dan hubungannya dengan teknologi maklumat, terdapat satu tindak balas yang saling pengaruh mempengaruhi antara satu ama lain. Memandangkan hubungan dan kaitan yang rapat antara manusia dan teknologi maklumat ini, tidak hairanlah terdapat antara mereka yang tenggelam dalam dunia siber, di samping mereka yang menggunakan internet sebagai saluran untuk mencapai keseronokan peribadi semata-mata. Hanya mereka yang mampu mewujudkan keseimbangan antara aktiviti internet dan kehidupan sebenar sahaja yang dapat mempertingkatkan kesejahteraan dalam urusan kehidupan mereka untuk kebaikan sesama manusia.
Dalam Islam penggunaan laman sosial untuk menyebarkan maklumat dan juga nasihat adalah digalakkan.
Rasulullah pernah bersabda (maksudnya), “Sesungguhnya agama itu adalah nasihat”. (Hadis riwayat Muslim).
Dengan penggunaan laman sosial, umat Islam digalak untuk berkongsi perkara yang baik dan tidak ditegah oleh agama.





RUJUKAN

-http://mizanzzzzz.blogspot.my/2013/07/kepentingan-teknologi-maklumat.html
-buku rujukan sains teknologi dan kejuruteraan dalam islam.
-Majalah tentang penggunaan teknologi.
Blogger Tricks